Cara-cara menanam Durian.

Assalamualaikum, 
Disini saya lampirkan sedikit info mengenai durian dan cara-cara menanam durian serta jarak antara pokok ke pokak,kerana ini amat penting untuk tumbesaran dan penjagaan.

KEPERLUAN TANAMAN
Cuaca :
Tanaman durian sesuai ditanam di kawasan yang mempunyai hujan di antara 1800 mm – 4000 mm setahun dan suhu di antara 27 - 35ºC. Mempunyai musim kering di antara 2 - 8 minggu untuk menggalakan proses pembungaan, terpulang kepada klon.

Tanah :
Tanaman durian boleh hidup dengan baik di tanah berpasir hingga lom berpasir.yang mempunyai saliran yang baik. Kawasan tanah yang sesuai adalah siri Rengam, Jerangau, Kangkong, dan Selangor. Kawasan yang beralun, kecerunan 6-12 degree dan di lereng bukit adalah sangat sesuai untuk penanaman durian.

Zon Agro-iklim :
Kombinasi Klon:
Secara amnya adalah disyorkan 3 - 5 klon durian ditanam secara komersial bagi menggalakkan pendebungaan bersilang dan untuk memudahkan perancangan pasaran. Ini akan merangkumi 50 - 70% klon utama, 20 - 50% dari klon yang dapat membantu dalam proses pendebungaan dan 5 - 20% dari klon pilihan iaitu klon tempatan.

AMALAN KULTUR

Bahan Tanaman :
Pokok durian dibiak secara tampang melalui cantuman mata tunas atau baji. Di Malaysia, cara yang biasa digunakan ialah dengan menyediakan anak pokok didalam polibeg yang seterusnya dicantum dan dibesarkan sehingga mencapai spesifikasi yang ditetapkan (Malaysian Standard). Bagi bahan tanaman lanjutan (APM) pokok cantuman dijaga sehingga mencapai ketinggian 1 - 1.5 m di tapak semaian sebelum dipindah ke ladang. Bahan ini digunakan bagi mengurangkan tahap kematian diladang. Cantuman ladang boleh juga diamalkan terutama dikawasan yang curam dimana anak biji ditanam terus ke ladang dan dicantum apabila sesuai.

Jarak Tanaman :
Sistem penanaman yang lazimnya digunakan ialah sistem empat segi tepat iaitu 10 X 10 m (100 pokok/ha) atau 12 X 12m ( 69 pokok/ha). Menanam secara kontur pada jarak 10 m digunakan bagi kawasan curam.

Menanam :
Lubang berukuran 0.6 m X 0.6 m X 0.6 m digali dan dibiarkan selama 2 - 4 minggu. Sebanyak 5 - 10 kg bahan organik berserta 200 g CIRP dimasukkan kedalam lubang tanaman dan digaul rata. Anak pokok ditanam di tengah lubang, ditimbus dan dipadatkan pada pangkalnya.

Pemangkasan :
Pemangkasan yang betul adalah penting bagi menggalakan pokok durian berbunga awal dan mengeluarkan hasil yang tinggi.

Sistem pemangkasan yang terlibat adalah seperti berikut:-
i) Cantasan bagi membentuk batang utama.
ii) Membentuk cabang seawal yang boleh bagi menggalakkan penghasilan awal.
iii) Cantasan pengurusan bagi mengekalkan pokok sentiasa subur dan produktif.
iv) Cantasan untuk mengurangkan ketinggian pada masa dan keadaan yang sesuai.

Pembajaan :
Pembajaan yang disyorkan adalah seperti berikut :
Peringkat Umur pokok(tahun) Jenis Baja Kadar
(kg/pokok/tahun)
Masa Aplikasi
  0 CIRP
Bahan Organik
0.2
5-10
Semasa menanam
Vegetatif 1
2
3
4
5
15 : 15 : 15
atau
15 : 15 : 6 : 4
Bahan Organik
0.5
1.0
2.0
3.0
2 - 4 kg
4 kali setahun (terutama awal musim hujan)
3 kali setahun selepas merumput
Pengeluaran Hasil 6–7
8–10
11 ke atas
12:12:17:2 + TE
atau
13:13:20:2 + TE
Bahan Organik
6
7
8
5 - 10 kg
3 kali setahun seperti berikut:-
i) ¼ drpd jumlah 1 - 2 bulan sebelum
   berbunga.
ii) ¼ drpd jumlah pada peringkat awal
  berputik.
iii) ½ drpd jumlah selepas pungut hasil.
Pengurusan Air :
Pokok durian hendaklah diberi air pada musim kemarau supaya pertumbuhan tidak terbantut terutama D24 yang sangat sensitif dengan keadaan kemarau. Pengairan titis atau perencis mikro boleh digunakan untuk menyiram.

PENGURUSAN PEROSAK

Penyakit :
Penyakit- penyakit utama bagi durian adalah seperti berikut :
Penyakit
Tanda-tanda
Kawalan
1. Kanker batang
   (Phytophthora palmivora)
Lelehan berwarna coklat keluar dari nekrosis dipangkal batang dan juga boleh menyerang dahan dan akar. Daun yang diserang menjadi coklat dan mati Kikis kulit batang yang dijangkiti dan sapu dengan bahan aktif metalaksil (Ridomil) atau fosetil aluminium ( Aliette)
2. Hawar daun
   (Rhizoctonia solani)
Daun yang dijangkiti menjadi perang dan gugur Guna racun kulat benomyl 0.03% a.i.
3.Cendawan angin
   (Corticum salmonicolor)
Ranting yang dijangkiti dipenohi dengan maicilia merah jambu Jangkitan terok daun akan gugur dan ranting akan mati Guna racun kulat berkuprum seperti copper oxychloride a.i. 0.1%.
4. Kulapok Hitam
    (Meliola sp.)
buah dan boleh mengganggu proses fotosintesis pada daun dan pada buah kelihatan kotor dan tidak menarik Guna racun kulat maneb @ 0.1 % a.i. Guna white oil untuk mengawal thrips.
Serangga :
Serangga yang biasa menyerang durian adalah seperti berikut :
Perosak Tanda-tanda Kawalan
1. Mudaria Pengorek  buah  (Mudaria magniplaga) Serangga dewasa bertelur pada buah muda hingga matang. Larva akan memakan isi dan mengorek hingga ke biji sebelum korek keluar untuk menjadi pupa Dimethoate a.i. 0.1%
2. Monogatus Pengorek buah  (Monogatus punctiferalis) Menyerang kudup bunga,putik buah dan buah yang sedang membesar. Ulat ini memakan bahagian kulit sahaja. Kesan serangan boleh dilihat dengan adanya gumpalan tahi berwarna perang dicelah-celah duri Dimethoate a.i. 0.1%
3. Teritip
    (Pectenococus sp.)
Pokok yang diserang menjadi pudar dan akan diselaputi oleh kulapuk hitam. Daun menjadi kering dan layu dan terus mati. Dimethoate a.i. 0.1%
4. Koya (Mealy bugs) Menyerang daun dan bunga tetapi tidak serius. Sembur dengan white oil pada bahagian yang diserang.
5. Kumbang platypus
 (Platypus capulatus Chap)
Pokok yang diserang akan kelihatan layu.Di batang pokok akan kelihatan lubang-lubang halus yang banyak dan terdapat habuk yang dikeluarkan dari lubang tersebut. Bahagian batang yang diserang perlu disapu dengan racun jenis sistemik seperti azodrin, rogor dan tamaron.
6. Pengorek batang
(Batocera gultata dan   Zeuzera coffeae)
Menyerang ranting dahan tetapi tidak serius Suntik dengan dimethoate.
Mamalia Perosak :
Perosak lain yang memberi kesan terhadap hasil termasuk tupai dan monyet. Ini boleh di kawal dengan menjerat dan menembak.

Rumpai :
Bersihkan kawasan keliling pokok pada peringkat awal pertumbuhan dengan menggunakan cangkul atau sabit. Sungkupan adalah disyorkan bagi mengurangkan pertumbuhan rumpai di keliling pokok dan juga kelembapan dikekalkan. Rumpai di antara barisan dikawal dengan bahan kimia atau dengan menanam kacang penutup bumi.

KEMATANGAN DAN MENGUTIP HASIL

Kematangan :
Pokok durian yang ditanam dari benih cantuman biasanya mengeluarkan hasil pada tahun ke enam selepas ditanam walaupun kadangkala ada pokok yang boleh mengeluarkan hasil pada umur 4 atau 5 tahun selepas menanam. Pokok dari benih anak biji pula mengeluarkan hasil selepas 7 - 10 tahun menanam.

Hasil :
Hasil pada peringkat awal pengeluaran adalah tidak menentu dan rendah (10 - 60 buah sepokok) dan boleh meningkat kepada 50 - 100 buah/pokok pada umur 10 tahun. Pokok durian yang menjangkau umur 20 tahun atau lebih boleh mengeluarkan hasil sehingga 100 - 200 buah sepokok semusim. Walau bagaimanapun hasil berubah dari tahun ketahun mengikut keadaan cuaca.

Musim :Pokok durian mengeluarkan hasil yang tidak menentu, iaitu pengeluaran yang tinggi pada satu tahun dan berkurangan pada tahun berikutnya. Di bahagian utara seperti Kedah, Perlis dan Penang. Musim utama ialah dari bulan April hingga Julai sementara dibahagian selatan ialah pada bulan Jun hingga September. Di setengah kawasan dimana terdapatnya musim kemarau pada pertengahan tahun musim berbuah akan jatuh pada hujung tahun iaitu bulan November hingga Januari. 

Pendebungaan Berbantu :
Pada keadaan biasa dimana beberapa campuran klon ditanam di sesuatu kawasan pendebungaan berbantu tidak diperlukan memandangkan bilangan buah yang keluar adalah tinggi. Jika sekiranya terdapat di mana pada awal penghasilan hanya terdapat kekurangan bunga maka pendebungaan berbantu boleh diamalkan.

Penuaian :Di Malaysia amalan yang biasa ialah dengan membiarkan buah jatuh ke tanah bagi mendapat buah yang matang (optimum) untuk dimakan segar. Buah durian boleh juga dipetik dengan memotong buah apabila mencapai peringkat matang melalui beberapa kaedah dan dibiarkan tangkainya jatuh sebelum digunakan.

Benih Duri Hitam (Ochee ) Pahang



Semalam 10 pokok anak benih Duri Hitam dari Pahang baru saja sampai,tak la mahal sangat ,sepokok Rm25 sahaja,tapi pokok tak ler besar sangat kena jaga dan pindahkan ke poly bag yang lebih besar dulu supaya pokok cepat besar dan akar tidak rosak.Sekurang kurangnya kena tunggu lagi 2 atau 3 bulan sehingga pokok mencecah  dalam 3 kaki baru boleh ditanam di ladang.Sementara tu boleh lah tebas dan bersihkan apa-apa yang patut.

Sulam

 16.01.2021 - Hari ini selesai sudah menyulam 3 pokok, 2 pokok DH, 1 pokok IOI, masih berbaki 10 pokok lagi. Harap kali progress tumbesaran ...