28/12/2020 - 13 Pokok benih baru,sudah bersedia untuk ditanam,6DH,3MK,3IOI,1HOLO. Untuk fasa yang ke2 ini saya perlulah berhati hati. untuk sulaman kali ini saya menyediakan lubang berukuran 0.6m x 0.6m x 0.6m digali dan dibiarkan selama 2 @ 3 minggu terlebih dahulu,sementara itu campuran baja organik dan CIRP saya akan gunakan semasa menanam supaya akar pokok lebih cepat membiak. Dari pengalaman kawan-kawan dalam satu lubang sekurang-kurangnya 1 atau 2kg baja organik dan 200g penggalak akar (CIRP) digaul rata dan dimasukkan kedalam lubang semasa menanam.InsyaAllah mudah-mudahan pokok akan lebih sihat dan cepat membesar kali ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan