Penanaman peringkat permulaan - Duri Hitam

 10.12.2017. Dengan pertolongan anak anak menakan yang banyak membatu dari mula menebas hingga pembersihan serta galakan dari si isteri,maka hari ini bermulalah penanaman anak-anak benih durian Duri Hitam bagi peringkat permulaan dan disusuli  Musang King ,D15 dan lain lain lagi di peringkat yang seterusnya nanti .Harap harap segala usaha-usaha ini akan membuahkan hasil yang lumayan di masa akan datang.


Kerja kerja menanam anak benih Durian Duri Hitam, Untuk proses permulaan saya mulakan dengan  mengorek lubang terlebih dahulu dan dibiarkan selama satu minggu,di samping itu saya  masukan sedikit baja kompos untuk membantu pertumbuhan akar.
 Lubang lubang yang telah dikorek dan dibiarkan selama satu minggu bolehlah dimasukkan anak benih.

 Untuk mengelak dari serangan makhluk perosak seperti babi,saya terpaksa mengunakan dawai mata punai serta ditutupi dengan plastik hitam yang jarang.

                          Isteri yang bayak memberi sokongan ,Tungau, pacat dah menjadi kebiasaan.


                                                               Duri Hitam

                                                             Duri Hitam.
                                                                Duri Hitam.
 Antara orang orang kuat yang menyumbangkan tenaga, Terima kasih Abang Nyah kerana menghabiskan cuti tahunan di atas bukit.

                                     Abang chaq yang berkorban cuti hari minggu di atas bukit.




                                                             Duri Hitam.



 Abang chik tunggak utama dari menebas,menebang membersih hingga ke menanam, InyaAllah 5 tahun lagi jika diizinkan Allah kita akan dapat merasai hasilnya.


                                                         Pokok Petai Hybrid
                                                              Duri Hitam.



Sulam

 16.01.2021 - Hari ini selesai sudah menyulam 3 pokok, 2 pokok DH, 1 pokok IOI, masih berbaki 10 pokok lagi. Harap kali progress tumbesaran ...