Semburan foliar dan racun kulat.

 

08/11/2020 -  Alhamdulillah,sempat juga buat semburan foliar dan racun kulat dimana esok kerajaan telah mengistiharkan PKPB selama empat minggu akibat dari peningkatan covid 19 secara mendadak di semua negeri di semenanjung termasuk Sabah dan Sarawak,jadi susahlah untuk ke kebun dan terpaksa meminta surat kebenaran rentas daerah dari Balai polis berdekatan.Memandangkan sekarang ini musim hujan, pokok durian mudah terkena serangan kulat,tanah masam dan lain lain penyakit yang boleh mengganggu tumbesaran pokok.Oleh itu langkah langkah awal perlu diambil bagi memastikan pokok pokok durian sentiasa sihat.Ini adalah pertama kali saya  menggunakan Antracol dan dicampur dengan foliar.

Fungsi Antracol 70 WP  bekerja secara kontak ini memiliki sifat protektif dan cepat dalam mengendalikan penyakit jamur @ kulat. Antracol 70 WP diproduksi dalam sediaan tepung dan berbahan aktif propinep 70%, dapat dilarutkan dengan air dan disemprotkan ketanaman. Fungisida Antracol 70WP bisa digunakan pada berbagai jenis tanaman, baik tanaman sayuran daun, sayuran buah, maupun tanaman buah dan tanaman perkebunan. Antracol 70WP dapat digunakan untuk mengendalikan penyakit jamur @ kulat pada tanaman cabai, tomat, semangka, melon, timun, pare, gambas, apel, anggrek, anggur, bawang merah, bawang putih, bawang daun, cengkeh, jagung, jeruk, jarak, kacang tanah, kacang panjang, buncis, kentang, kedelai, kopi, kubis/kol, lada, mangga, bibit kelapa sawit, teh, strawberry, tembakau dan sebagainya. Antracol 70WP juga dapat digunakan untuk mengendalikan penyakit jamur @ kulat pada berbagai jenis tanaman lain termasuk durian.(c/p)

Diatas nasihat kawan kawan,semburan hendaklah dilakukan awal pagi.Semburan baja foliar merupakan kaedah yang sangat berkesan untuk memberi nutrien kepada pokok kerana daun mampu menyerap nutrien menerusi stomata dan epidermis sel daun. Kulit batang pokok juga mampu mengambil semburan nutrien yang diberi. Pembajaan foliar pada umumnya diberi bagi menyelesaikan masalah kekurangan zat nutrien tertentu dengan segera kerana pengambilan nutrien oleh sistem tanaman adalah jauh lebih cepat.
Baja foliar jenis organik ada pelbagai jenis.  Campuran bahan nutrien daripada sumber laut adalah antara jenis foliar yang sangat berkesan untuk pertumbuhan kerana ianya mengandungi hampir kesemua elemen surih (trace elements) yang diperlukan oleh pokok dalam bentuk mudah resap. Bahan-bahan lain ialah baja yang berasaskan chitosan (oligochitosan), ikan dan baja oganik lain dibangunkan dengan menggunakan EM (effectif micro organism) yang bersesuaian.


Sekali lagi saya ulangi,Masa yang terbaik untuk membuat semburan ialah diwaktu pagi (selepas embun kering) atau lewat petang.  Suhu yang rendah diwaktu pagi atau petang akan menyebabkan stomata terbuka lebih luas untuk penyerapan nutrien yang diberi.
Seperkara lagi semburan hendaklah dilakukan keseluruhan pokok,dimulakan dibahagian atas@pucuk hingga ke bawah,Mudah mudahan dengan kaedah ini dapat kita menjimatkan masa ( two in one) serta imenghindarkan pokok kita dari terkena serangan kulat serta mendapat nutrisi yang cukup - 
Wallahu a’lam bish-shawabi.

Merumput dan Meracun

04/11/2020 - Penat juga 4 hari berulang alik dari Kulim ke kebun,akhirnya selesai juga merumput dan meracun serangga,Kebiasaannya bulan 10,11,12 hingga ke feb adalah musim hujan bagi sebelah utara ini,ini membuatkan rumput cepat naik,jadi terpaksalah merumput selalu bagi mengelakkan rumput cepat panjang.kebiasanya selepas merumput saya akan menyembur ubat serangga bagi mengelakkan serangga memakan pucuk pucuk yang masih muda kerana persekitaran  pokok yang telah cerah.






 

Sulam

 16.01.2021 - Hari ini selesai sudah menyulam 3 pokok, 2 pokok DH, 1 pokok IOI, masih berbaki 10 pokok lagi. Harap kali progress tumbesaran ...