Benih Sulam ( Fasa 2 )

 


28/12/2020 - 13 Pokok benih baru,sudah bersedia untuk ditanam,6DH,3MK,3IOI,1HOLO. Untuk fasa yang ke2 ini saya perlulah berhati hati. untuk sulaman kali ini saya menyediakan lubang berukuran 0.6m x 0.6m x 0.6m digali dan dibiarkan selama 2 @ 3 minggu terlebih dahulu,sementara itu campuran baja organik dan CIRP saya akan gunakan semasa menanam supaya akar pokok lebih cepat membiak. Dari pengalaman kawan-kawan dalam satu lubang sekurang-kurangnya 1 atau 2kg baja organik dan 200g penggalak akar (CIRP) digaul rata dan dimasukkan kedalam lubang semasa menanam.InsyaAllah mudah-mudahan pokok akan lebih sihat dan cepat membesar kali ini.

Project Nanas Md2


 06/12/2020 - Tertarik juga baca posting kawan-kawan dalam fb berkenaan Nenas Md2, jadi apa salahnya saya cuba menanam sedikit di celah celah antara pokok durian sementara pokok durian masih lagi kecil,untung sabut timbul ,untung batu tenggelam,harap kera dan babi tidak menganggu.







Buat permulaan atau fasa pertama ini saya mulakan dengan 50 pokok dahulu,jikalau tidak ada gangguan oleh babi atau kera bolehlah saya teruskan untuk fasa yang kedua,harap2 tiada gangguanlah.

Sulam

 16.01.2021 - Hari ini selesai sudah menyulam 3 pokok, 2 pokok DH, 1 pokok IOI, masih berbaki 10 pokok lagi. Harap kali progress tumbesaran ...